Sharnaaz Ahmad Lantik Diri Sendiri Jadi ADUN, Sediakan 100 Bungkusan Bantuan Buat Bendera Putih

Seperti umum mengetahui, ramai dalam kalangan kita yang masih memerlukan bantuan dari segi bekalan makanan dalam keadaan negara yang masih ditimpa w4bak p4ndemik ini.

Mengambil inisiatif sendiri, pelakon dan usahawan Sharnaaz Ahmad mengumumkan menerusi laman sosial instagramnya semalam berkenaan sumbangan yang dibuatnya buat 100 orang yang memerlukan. Sedia maklum dengan kempen kibaran bendera putih tersebut, Sharnaaz meminta tolong orang ramai agar memberi perhatian kepada sekitar dan sekiranya melihat ada rumah yang mengibarkan bendera putih, sila maklumkan kepada mereka mereka boleh datang mengambil sumbangan yang disediakan atau pun menghubungi nombor telefon yang disediakan olehnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Turut menyatakan beliau telah melantik diri sendiri sebagai ADUN bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantik diri saya untuk membantu.

“Kami dari pasukan Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV keluarkan sedikit sumbangan. Ini daripada setiap kakitangan, Mamu dan juga semua yang sudah membantu untuk mengeluarkan sumbangan ini,” katanya.

“Saya faham memang sekarang pasal bendera putih semua. Saya nak minta kalau anda semua kenal atau ada orang sekeliling yang ada bendera putih mahupun benar-benar memerlukan, buka mata dan hubungi kami.

“Bantu mereka dengan kongsikan mengenai bantuan ini dan minta mereka datang dan ambil bantuan sumbangan ini. Ini cara pasukan kami untuk membantu orang yang susah dalam pandemik Cvd-19 seperti sekarang. Sekarang, tugas kita adalah bantu orang yang memerlukan,” jelasnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dan menyokong tindakan dari Sharnaaz itu. Turut ada yang ingin menyumbangkan supaya menambahkan lagi dana untuk teruskan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Sumber: Instagram sharnaazahmad / Motif Viral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: