“Baby dalam keadaan baik, tapi Sarah agak kritikal,” Shuib Kongsi Keadaan Terkini Siti Sarah

Selebriti popular, Siti Sarah Raisuddin selamat melahirkan anak keempat yang juga bayi lelaki secara peme dahan kira-kira jam 5 petang tadi.

Menurut pengurus Sarah, Nana Mohd Rom, keadaan penyanyi itu bagaimanapun masih sama dan belum sedarkan diri.

“Untuk makluman Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.

“Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, suami Sarah, Shuib berkongsi status terbaru isterinya itu.

Menurut Shuib, bayi telah berjaya dikeluarkan pada jam 4 petang dan berada dalam keadaan baik.

Walau bagaimanapun, keadaaan isternya Sarah kini agak kritik4l.

“Alhamdulillah pkl 4 lebih baby telah pon berjaya di keluarkan dan keadaan Baby alhamdulillah baik tp perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang,cuma keadaan Sarah agak KRITIK4L,”

Pada masa sama, Shuib memohon doa dari semua untuk kesihatan isterinya itu.

“SAYA SEKELUARGA MOHON SEMUA TERUSKAN DOA UTK SITI SARAH,, JUGA KITA DOAKAN SEMOGA SESIAPA SAJA YG SEDANG BERTARUNG NYWA DGN COV DIPERMUDAHKAN URUSAN,AMIN”

Sebelum ini media melaporkan Sarah terpaksa ditidurkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (lCU) setelah paras oksigen dalam badannya semakin menurun pada pagi Jumaat.

Sarah dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM sebelum ini dikenali sebagai HUKM) pada malam Rabu.

Menurut pengurusnya iaitu Nana, paras oksigen pada Siti Sarah kini semakin baik tetapi untuk faktor keselamatan kandungannnya dia terpaksa dibedah.

“Doktor memaklumkan jam 2 petang ini Siti Sarah akan dibedah bagi menyelamatkan bayi yang dikandung.

“Insya-Allah dengan pembed4han tersebut dapat menyelamatkan mereka berdua.

“Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada semua. Semoga Allah memperkenankan doa kita semua.”

 

Shuib berkongsi di laman Instagram miliknya mengenai status terbaru isterinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sebelum ini Shuib berkata isterinya ditempatkan di lCU selepas doktor mendapati keadaannya tidak berapa stabil sejak petang semalam.

Shuib turut memohon doa kesembuhan buat isteri dan bayi dalam kandung4n.

“Assalamualaikum, salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke lCU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik,” kata Shuib di akaun Instagram.

Sarah, Shuib dan tiga orang anak disahkan positif Cov-19 pada 25 Julai lalu setelah pembantu rumah dijangkiti virus itu.

Sumber: YOY