Suara tanpa ‘auto tune’ Iman Troye dapat ribuan tanda suka, peminat puji confirm trending!

Suara tanpa ‘auto tune’ Iman Troye dapat ribuan tanda suka, peminat puji confirm trending!

Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye sering menjadi sorotan ramai apabila dia juga antara penyanyi muda yang berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tempatan apabila anak seni berusia 19 tahun ini juga telah melancarkan beberapa lagu yang berjaya menjadi fenomena terbaru.

Bermula dari single pertamanya berjudul Teman, Pejam Celik Hari Raya, Nang dan Harum Sundal Malam. Iman Troye bagaimanapun baru-baru ini difahamkan bakal melancarkan lagu terbaharu berjudul Omong Kosong.

Iman Troye

Manakala baru-baru ini juga, dia terlebih dahulu mengumumkan tentang Omong Kosong Challenge yang mana seperti biasa Iman Troye akan membuat cabaran bagi lagunya sebelum benar-benar melancarkan buat tatapan umum. Meskipun begitu, Iman Troye terbaharu pula nampaknya belanja sedikit nyanyiannya di ruangan Instagram (IG) peribadinya.

Bukanlah teaser lagu baharunya namun dia dilihat menyanyikan sendiri bersama petikan gitar dan Iman Troye santai duduk sambil menyanyi ini juga mencetuskan video dikongsikan ini mendapat perhatian peminat dan warganet sehingga ditinggalkan ribuan tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@imantroye)

“Susahlah orang suka bagi harapan ni,” perkongsian Iman Troye berserta kapsyen tersebut yang mendapat sorotan ramai peminatnya dan ternyata video nyanyian dikongsikannya itu membuatkan netizen juga suka kerana tanpa auto tune, suaranya juga sedap didengar dan berikut juga antara komen positif diterima oleh Iman Troye.

Suara tanpa auto tune Iman Troye dipuji

Iman TroyeIMG_20221114_172132IMG_20221114_172145IMG_20221114_172155Iman TroyeIMG_20221114_172219

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: HCL