Ini Sbbnya Kenapa Shuib Tidak Akan Sesekali Basuh Telekung Isterinya dan Akan Sentiasa Mengikuti Dia Kemana Sahaja

Pelawak dan usahawan Shuib, 36, akui sudah mula terfikir bagaimana untuk menjaga anak-anaknya.

Terutamanya bayi Ayash Affan selepas kehilangan isteri tercinta, Allahyarham penyanyi Siti Sarah.

Akui Shuib, dia termenung memikirkan susu apa yang akan diminum bayinya sejurus dibenarkan pulang ke rumah.

Katanya lagi, arwah isterinya juga pernah menyuarakan hasrat mahu dirinya yang menjaga anak bongsu mereka.

“Pagi tadi bangun tidur… termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana.

Teringat kata-kata arwah… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.”

“Sebab tiga orang anak kami, memang dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada.

Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri. Memang fasal susu ini buat saya termenung juga.

Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.

Ramai orang yang tawarkan termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada.

Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu.”

Dalam pada itu, Shuib menyatakan pegawai perubatan akan berusaha untuk mendapatkan gambar dan video anaknya untuk ditatap.

Ia memandangkan keadaan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berisiko tinggi Covid-19.

“Sepatutnya hari ini dapat berjumpa tapi lebih kurang 11 pagi tadi pengarah HCTM hubungi saya beritahu kata dah berbincang dengan doktor lain…

Keadaan di sana tidak sesuai sekarang sebab risiko Covid-19 tinggi.

Untuk lebih selamat, dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby.

Anak-anak pun dah tanya bila dapat tengok, saya lagi la nak tengok baby.

Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8 kilogram.

Cuma waktu sekarang tidak sesuai untuk ambil gambar, doktor bimbang saya akan sedih.

Tapi doktor akan cuba untuk ambil gambar baby. Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah lagi.”

Majlis bacaan tahlil secara maya hari ketiga buat Siti Sarah yang diketui oleh Ustaz Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada Ustaz Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Ustaz Shahrizan.

Shuib Tak Akan Basuh Telekung Kegemaran Siti Sarah

Shuib akui yang dia tidak akan basuh telekung kegemaran arwah isterinya, Siti Sarah untuk selama-lamanya kerana ia menjadi pengubat rindu buatnya.

Walaupun jasad isterinya sudah tiada, hanya barang-barang peribadi termasuklah telekung berwarna putih yang sering dipakai oleh arwah isteri menjadi peninggalan yang amat berharga untuknya.

“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi memang tak akan dibasuh.

Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahuakbar.

InsyaAllah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana.”

Dalam pada itu, pelawak berusia 37 tahun ini turut memberitahu bahawa kehilangan isterinya bagaikan mimpi tetapi dia sudah mula untuk menghadapi realiti pahit berkenaan.

“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada.”

Ujarnya lagi, dia menyifatkan anak keempatnya, Ayash Affan sebagai hadiah yang paling berharga daripada arwah Siti Sarah.

“Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami.”

Majlis Tahlil dan bacaan doa selamat yang diadakan secara maya itu dihadiri hampir 600 orang turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Siti Sarah Sempat Dermakan Kesemua Tudung Sebelum ‘Tidur’

Menurut pengurusnya, Nana Mohamad Rom memberitahu arwah Siti Sarah sempat memindahkan sejumlah wang kepada ibu tirinya.

Ini untuk disedekahkan kepada pihak yang memerlukan sebelum bergerak ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTM).

Katanya lagi, dia juga ada meminta pembantunya untuk mengagihkan produk tudung miliknya kepada jururawat yang bertugas di hospital tersebut.

“Dia paling suka menderma, selalu menderma sana sini… kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia akan bantu.

Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita.

Yang terbaharu, sebelum dia memasuki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang kepada ibu tirinya untuk disedekahkan.

Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya untuk ambil semua produk tudung untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital itu.”

Ketika ditanya sama ada Siti Sarah menghidap penyakit serius, Nana menyatakan pelantun lagu Kesetiaan itu seorang yang menjaga pemakanan.

Malah katanya, sepanjang tempoh kuarantin di rumah, Siti Sarah berada dalam keadaan sihat namun pada hari kelapan arwah mula mengalami batuk.

“Dia tak ada sebarang penyakit.. dia sangat menjaga pemakanan, semasa kuarantin dia selalu dapatkan rujukan doktor peribadi.

Sepanjang tempoh kuarantin di rumah, memang saya telefon setiap hari. Dia kata keadaan dia okey sahaja dan minta saya jangan risau.

Tapi pada hari kelapan, dia beritahu kena pergi hospital sebab oksigen drop, ketika itu dia mula ada simptom batuk-batuk.

Dia fikir itu gejala biasa sebab tinggal dua hari lagi untuk potong gelang.”

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVD-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.

Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi.

Dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin.

Namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Cvid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Sumber: Instagram @sitisarahraissuddin@samtillaKosmo