“Tengah fikir macam mana mahu contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan vaksin, Zaman Nabi juga takde handphone..” – Respon Balas Haze Memang Win!

“Macam mana nak contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan vaksin, Zaman Nabi juga takde handphone..”. Ketika ini, nama bintang nasyid, Suhaimi Saad sering menjadi tumpuan netizen di media sosial gara-gara beberapa kenyataan yang dikongsi.

Dari isu anti vaksin sehinggalah mengenai bentuk bumi yang kononnya leper sehingga melibatkan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar untuk tampil memberi pencerahan.

Oleh kerana hal tersebut, netizen ada mencadangkan agar program popular, Motif Viral untuk menjemput Suhaimi untuk menjadi tetamu undangan.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian Hazeman Huzir yang juga merupakan hos program tersebut.

Tak Tahu macam mana nak hubungi

Macam mana nak contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan vaksin, Zaman Nabi juga takde handphone. Facebook je ada.

Motif viral taknak jemput Suhaimi Saad keeee..

“Macam mana nak contact dia? Takut dia pun tak boleh dihubungi. Maklumlah selain peti ais dan vaksin, Zaman Nabi juga takde handphone,” tulisnya.

Reaksi sinis tersebut telah meraih hampir 7,000 ‘retweet’ dan lebih 4,000 tanda suka.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan respon yang diberikan pengacaranya.

Agaknya apa akan jadi kalaulah Suhaimi memang sedia nak buat kemunculan di dalam rancangan tersebut? Sure gempak kan?

Sumber: Twitter Hazeman Huzir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.