Terubat Rindu Peminat Pada Rahmat Ekmatra, Nyanyi Sambil Duduk Pun Suara Masih Sedap

Semestinya ramai yang tidak mengenali penyanyi yang lebih dikenali sebagai Rahmat Ekamatra. Keunikan vokalnya yang lemak merdu menjadikan Rahmat diingati sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik Malaysia dalam genre pop rock dan balada. Beliau juga dikenali sebagai seorang artis yang ‘low profile’ dan bersih dari sebarang gosip-gosip liar.

Lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan antara lagu sinonim dengan Rahmat meskipun selepas dia keluar daripada band Ekamatra dan muncul bersama band yang diberi nama RAHMAT. Band RAHMAT tidak bertahan lama, akhirnya, Rahmat bergerak secara solo pada tahun 1993.

Rahmat muncul kali terakhir bersama album adalah pada tahun 2006 menerusi album Antologi. Sejak zaman band Ekamatra sehingga bergerak solo, imej Rahmat tidak banyak berubah.

Dia masih setia dengan berkemeja-T dan seluar jeans koyak serta rambut panjang mengurai yang menjadi identiti wajib setiap penyanyi rock ketika itu.

Engku Rahmat bin Engku Ismail atau nama pentasnya Rahmat (dilahirkan pada tahun 19 Mei 1968 di Kota Tinggi, Johor) adalah seorang penyanyi, pencipta lagu dan penerbit album di Malaysia. Beliau memiliki sebuah syarikat iaitu Rahmat Entertainments.

Minta jasa baik semua especially mnta pendapat dgan abg rahmat nak tak ambil peluang untuk msuk gegar vaganza musim ke-6. Bukan apa sedikit sebanyak dpat mbantu beliau naik kan nama kembali bagi budak2 zaman skrg kenal siapa di sebalik nama Engku Rahmat Engku Ismail – Netizen 

Menerusi laman utube doc.grenggg, sebuah video nyanyian daripada Rahmat sambil duduk :

Jom Lihat Juga apa kata netizen :

Nyanyi duduk je beb, tak payah pakai mic, suara da nyaring. Artis skrg, nyanyi berdiri pun keluar suara itik, ada hati nk buat konsert, buasir la dik oi

Takkan ada pengganti.. anugerah daripada Allah S.W.T.. org dulu berkarya, perjuangkan seni, curahkan bakat , semua daripada hati.. keikhlasan & jiwa dalam setiap bait2 lirik tula yg buat sebuah lagu tu brtahan sampai berpuluh puluh tahun sampai sekarang org dengar boleh masuk dalam jiwa.. takkan pernah pupus lagu2 daripada karya org2 lama..

Masih padu suara abang rahmat ni…juara lagu 90 kalau abang rahmat ada kompom dia johan ooo

Perggg…suara mahal tu…lemak merdu…lunak…lemak2 tu yg jrang ada pada penyanyi zaman skarang…tada pgnti sore rahmat..

Nyanyi smbil duduk..goyang kaki..sore telan kaset..ni baru dinamakan penyanyi..beza legend gn pnyanyi skrg..semoga dipermudahkan segala urusan bro rahmad..diberikan kesihatan yg baik…

Wow..Rahmat..kemana menghilang skrg buat ape ya? Masuklah GV baru padu. Lama btul x dgr berita. Saya lahir zaman lagu2 ni tgh up. Terkenang2 memori lama. Semoga Rahmat sihat2 saya doakan..aminn

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.