“Tiga Tahun Simpan Embri0,” Rupanya Bayi Lelaki Siti Nurhaliza Kembar Aafiyah

Usia kandungan keduanya kini sudah mencecah empat bulan dan mengumumkan bakal menimang bayi lelaki dijangka pada April depan, pastinya ia rezeki terindah buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Lebih menarik, baru-baru ini Siti memberitahu bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah, namun embrio tersebut disimpan terlebih dahulu.

Menerusi temu bual bersama stesen radio, Siti berkata embrio tersebut terjadi pada hari yang sama namun doktor tidak menggalakkan untuk masukkan dua embrio sekaligus dan memilih untuk masukkan Aafiyah terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF)… bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.

“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama… tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu. Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” katanya.

Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, kini berusia dua tahun.

https://www.facebook.com/watch/?v=10159572656802345

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber: rotikay

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.