Tindakan Terbaru Anak Sulong Nora Memang Tak Sangka, Bersedia Untuk Bawa Individu Ke Muka Pengadilan

Kuala Lumpur: Anak sulung penyanyi Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan, 27, mendedahkan pihak keluarga bersedia untuk membawa individu yang menyebarkan video adiknya, Putri Nor Dahlia atau Putri bercumbu dengan remaja lelaki ke muka pengadilan.

Syakir berkata perbuatan individu terbabit yang menggunakan nama @danicah6299811 di Twitter sememangnya cukup melampau apabila berkali-kali memuat naik video dengan tujuan mengeruhkan keadaan.

“Insya-Allah kalau disabitkan kesalahan, kami cubalah untuk bawa anda ke muka pengadilan sekali. Sebab bukan sekali awak ‘post’ video ini. Memang berniat untuk memburukkan lagi keadaan ya?” katanya turut sertakan pautan akaun yang sudah dipadam di Twitter itu.

Syakir turut mengakui dia agak terkilan apabila warganet cuma menghentam ibu serta adiknya, sedangkan kesalahan itu patut diletakkan pada remaja lelaki terbabit.

Menurutnya lagi, keluarga juga mengadakan pertemuan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan dengan pihak keluarga remaja lelaki itu, hari ini.

“Perkara ini sudah berubah menjadi lebih serius. Insya-Allah petang ini kami akan bersemuka dengan keluarga remaja lelaki itu.

“Walaupun ada yang sudah membenci dan mencaci adik dan mak saya, saya mohon jasa baik anda untuk tidak kongsikan video yang sedia ada, dan doakan kami semua. Insya Allah,” katanya.

Terdahulu, Nora membuat pengakuan gadis yang bercium dengan seorang remaja lelaki dalam video yang tular adalah anak perempuannya, Putri.

Mengakui terkilan Nora berkata, dia sudah melakukan apa yang terbaik untuk mendidik anak perempuannya menjadi insan berguna.

Turut bersuara mengenai isu itu, Putri menerusi akaun Twitter miliknya menjelaskan situasi sebenar dan mengakui dia dipaksa.

Bagaimanapun, percubaan Harian Metro menghubungi penyanyi Nora untuk mengulas tindakan susulan pihaknya terhadap isu terbabit, sama sekali tidak berbalas.

Respon awal anak sulong Nora

Anak sulung penyanyi, Nora Ariffin, Mohd Syakir Iman Johan menyatakan bukan adik perempuannya, Putri Nor Dahlia sahaja yang bersalah tetapi remaja lelaki itu juga.

Namun, Syakir, 27, berasa kesal kerana rata-rata netizen meletakkan kesalahan kepada ibu dan adik lalu menghent4m.

“Untuk yang baru nak amek port walaupun tak wajib, lepastu nak tuduh aku tak terima adik aku salah.

“Ye adik aku salah. Dua-dua salah sebab buat dosa. Lepastu laki tu kongsi kat ‘socmed’.

“Tu ja ‘point’ aku. Yang kena bash adik and mak aku ja. Jadi bukan aku yang tak adil ya. Moga bermanfaat,” tulisnya di Twitter miliknya.

Tambah Syakir, dia berharap isu bercvmbu ini dijadikan pengajaran oleh adiknya dan juga kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan.

“Isu viral adik aku biarkan jadi pengajaran buat dia. Secara dalaman, keluarga aku memang dalam usaha membendung hal ini.

“Tapi buat kawan-kawan yang ada anak perempuan, dia boleh menjadi yang seterusnya. Jadi jaga depa baik-baik.

“Yang turut quote, retweet dan api-apikan lagi tu, moga anda juga merasa nanti insya-Allah,” tulis Syakir.

Dalam pada itu, menurut Syakir masalah ini akan diselesaikan antara keluarga dan dia juga akan memastikan supaya pisang tidak berbuah dua kali.

“Anda dibenarkan menyalin atau memautkan tweet saya sebelumnya kepada sesiapa yang bertanya, atau menyiarkan video tersebut.

“Kami berhasrat untuk menangani perkara ini secara dalaman dan berharap pihak lain memahami dan menghormati keputusan kami. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan perkara ini berulang.

“Insya-Allah kita hanya akan bercakap tentang lelaki dengan adik perempuan ketika dia sudah bersedia untuk berkahwin.

“Dia seorang kanak-kanak, ‘not so innocent’, dipengaruhi oleh trend Tiktok, dan bercinta dengan ‘asshole’. Ya, budak itu ‘asshole’. Semoga dia berubah sebagai seorang manusia yang lebih baik juga,” tulisnya lagi.

Reaksi dari netizan

“Sabar ye nora.. Ank..isteri..suami tu semua ujian bg mereka yg berkeluarga….

Nabi2 kita pn di uji…lg teruk…smpi ada anak2 dan isteri yg kufur hgga akhir hayat…Yg suka mengecam tu blm masa ny utk mereka diuji

“org yg dok mengata org tu tengok sikit kiri kanan. jgn dok kalot ke anak org ja, anak sendiri kelaut. jgn disbbkan mulut tadak insurans kita tu nanti Allah byar cash apa yg kita dok kata kt sifulan harini. masatu jgn dok buat heran, aku dh didik anak aku elok tp awat jd mcmni pulak.

“patutnye anak nora tu xpayah la kluar statement kne paksa bagai…patut diam je…bg mak die yg settle…ni x…play victim la sgt…padahal 2 video dorg bercium kot…kne paksa celah mana…

Sumber Hmetro