Video – Malam berinai Elly Mazlein dedah wajah bakal suami

Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi akhirnya bakal melangsungkan pernikahan pada esok hari 17 Januari 2020 selepas mengikat tali pertunangan hampir sebulan pada Disember lepas.

Majlis berinai Kak Lina Pom Pom

Pada malam ini, berlangsungnya majlis berinai buat pelakon cantik itu di PWTC. Selain itu juga, Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina akan memperkenalkan bakal suaminya yang dikenali sebagai Azlan.

Serba biru sedondon

Anggun mengenakan persalinan serba biru, kecantikan Kak Lina persis puteri raja klasik dengan dihiasi pelamin indah.

Muhammad Azlan atau Cikgu Azlan pula tampil segak berbusana serona masuk ke dalam dewan sambil mendukung anak perempuan Kak Lina.

Segak kemain bakal hubby

Majlis berinai dan memperkenalkan bakal suaminya ditayangkan secara langsung di saluran Youtube pelakon itu.

Menurut pengacara majlis, upacara akad nikah akan diadakan esok petang bersamaan dengan 17 Januari 2020. Malam ini merupakan kali pertama Elly Mazlein menunjukkan wajah bakal suaminya yang bersal dari Kelantan dan juga seorang guru.

Tahniah dari kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.