(Video) Ucapan, Doa Dan Air Mata Ibu Buat Safawi ‘Mengaum’ Malam Ini

Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 antara pasukan Indonesia dan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, ditunggu ramai oleh penyokong antara kedua-dua buah negara.

Harimau Malaya  berjaya menunjukkan taringnya setelah berjaya ‘membaham’ skuad Garuda dengan kemenangan 2-0 hasil daripada jaringan Safawi Rasid.

Safawi Rasid wira pada malam ini

Pada beberapa hari yang lalu, menerusi Instagram Safawi, beliau memuatnaik satu rakaman video yang menunjukkan ibunya mengucapkan rasa syukur setelah Safawi dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019.

Dengan linangan air mata, ibunya turut mendoakan supaya Safawi dapat melakukan yang terbaik dalam perlawanan yang akan datang.

”Alhamdullillah anak ma dapat anugerah yang terbaik.. ma bersyukur sangat pada Allah.. semoga buat yang terbaik insyaAllah..” kata ibunya.

Rata-rata netizen yang jelas terharu dengan video berkenaan, turut tidak dapat menahan sebak.

Terbaik safawi. Terharu akak dengar.

Sumber: Safawi Rasid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.