‘Walid Tak Kuat, Kalau Kamu Masih Ada…’ – Sentuhan Emosi Ali Puteh Buat Juri Menangis

Bergelar juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2019), kumpulan Puteh membawa pulang wang tunai berjumlah RM 500,000 beserta trofi. Mengenepikan 4 kumpulan yang lain, lawak yang disampaikan Puteh lebih ‘menjadi’ kerana ada sentuhan emosi.

Bercakap mengenai persembahan kedua yang membuatkan juri menangis, Ali Puteh menerusi Media Hiburan memberitahu ada berbincang dengan ahli kumpulan yang lain mengenai persembahannya itu.

Kalau kamu masih ada…

Katanya, dia ada berbincang dengan ahli lain mengenai suntikan emosi yang diberikan pada penghujung persembahan kedua mereka malam tadi. Dia mendedikasikan persembahan ‘Kenduri’ untuk arwh anaknya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah, yang menggal dunia November lalu akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang.

Anak saya menggal pada minggu kelima pertandingan, tapi saya simpan mengenai hal itu. Bermula dari minggu kelima, saya cakap tolonglah saya tak mahu ‘main’ langsung atau isu melibatkan arwh. Anak saya menggal dunia pada Selasa dan Jumaat saya masih teruskan persembahan.

Saya tak mahu isu ‘kesian’. Saya tak nak langsung sebab kita berada di pentas komedi. Orang hanya mahu ketawa, kalau kita sajikan dengan perkara itu ia ibarat satu benda klise yang menampakkan kita cuba tarik perhatian.

Sebak

Saya tak ada beritahu apa content yang bakal dibuat, selalunya dia tanya. Cuma di belakang pentas saya cakap, ada suprise tau malam ni. Lepas selesai persembahan dia jumpa dan saya terus peluk dia. Saya cakap inilah yang saya cuba ketengahkan, insyaAllah.

Malah, isterinya sendiri tidak diberitahu mengenai content yang akan dipersembahkan. Dia hanya beritahu malam ini ada ‘kejutan’.

Sumber : Media Hiburan , Youtube via ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.