Wanita Itu Tak Putus Asa Merayu-Rayu Mahu Melawat Pusara Abam Walaupun Sudah Tengah Malam – Penjaga Kbur

Seakan tidak putus cerita baik mengenai pelawak terkenal, Abam Bocey sejak dia pergi menghadapi Ilahi pagi semalam. Pemergiannya yang meng ejut itu bukan sahaja ditangisi ahli keluarga dan sahabat handai, malahan ribuan lagi peminatnya.

Satu demi satu kebaikkan yang dilakukan oleh allahyarham ketika hidup telah diceritakan sebagai satu bukti bahawa pemergian insan hebat ini ditangisi ramai orang.

Jnzh Abam telah selamat dikebumikan petang semalam kira-kira jam 7.30 malam di Tanah Perk uburan Islam Sungai Pusu. Lebih dari 2,000 orang hadir ke tanah perku buran bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Namun begitu, disebalik tangis orang ramai di pusara Abam, satu kisah daripada penjaga ku bur yang dimuat naik oleh Ustaz Hanafiah iaitu seorang pendakwah terkenal telah membuatkan ramai hiba.

Dalam video perkongsian oleh Ustaz Hanafiah, beliau telah bertemu dengan seorang penjaga kbr ketika menziarahi kubur Abam di Tanah Perkuburan Sungai Pusu.

Katanya, penjaga kbr itu menceritakan suatu peristiwa yang menjadi bukti kebaikan Abam pada malam selepas pengebu mian Allahyarham.

Merayu nak melawat kubur arwah Abam

Menurutnya, ketika sedang mengunci pintu pagar kawasan perku buran, dia didatangi seorang wanita yang menaiki motosikal bersama anaknya yang masih kecil.

Wanita itu merayu agar diberi peluang untuk menziarahi kubur Allahyarham, tambahnya.

“Pakcik, tolonglah pakcik, saya nak masuk tengok arwh Abam, tolonglah pakcik.”

Biarpun permintaannya ditolak, wanita itu terus merayu.

“Esok je lah. Ku bur ni tak ke mana. Esok je datang,” kata penjaga kbr berkenaan.

Tidak berputus asa, wanita itu terus merayu.

“Pakcik, saya datang dari jauh ni pakcik. Tolonglah saya pakcik, saya tak sempat nak datang siang,” katanya.

Kawasan dah gelap

Tambahnya lagi, pada waktu tersebut tiada lampu pencahayaan di kbr berkenaan berikutan kawasan itu telah ditutup.

Selepas dirayu, lelaki berkenaan akhirnya menunjukkan kubr Abam.

Bila ditanya wanita itu sama ada dia merupakan saudara mara, wanita itu menafikannya.

“Saya dan anak saya sebenarnya banyak menerima bantuan daripada Abam. Dan Abam telah menyekolahkan anak-anak saya dan semua perbelanjaan sekolah telah ditampung oleh Abam.”

Pengakhiran yang manis

Rata-rata peminat arwh sungguh terkesan dengan pemergian arwh dan menyatakan keperibadian arwh sungguh mulia. Arwh banyak bersedekah secara bersembunyi sehinggakan banyak kisah yang baik dikongsikan selepas pemergian dirinya.

Sungguh mulia hati Abam ketika hidupnya sehingga kisah-kisah kebaikan yang dibuat terus disebut-sebut selepas kem4tiannya.

Semoga ia menjadi pengajaran untuk kita semua.

P/s Dalam sebulan ni Allah tunjukan kat kita, Ada org beria2 nak tunjukan kemulian dia sampai pegi mekah! Tapi kena kecam seantero dunia…
Tapi Jauh di bumi Malaysia, seorang Insan yang selalu buat kita ketawa Allah muliakan beliau diberikan kem4tian yang sangat2 dicemburui oleh orang lain…Al fatihah utk Arwh Abam…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.