Ya Allah Kaki Bangku Diamlaa. Datin Shahida Sound Aliff Syukri Sebab Membebel Bukan-bukan Pasal Bola AFF Suzuki

Agaknya apa yang terbayang difikiran anda jika sesorang jutawan yang tak minat bola dan tak tahu apa-apa pasal bola tiba-tiba tengok perlawanan bola sepak.

Dan itulah yang berlaku apabila jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri luang masa tengok perlawanan akhir AFF Suzuki malam ini antara Malaysia menentang Vietnam. Memang kecoh habis bila melihat gelagat beliau yang menonton bersama isteri, Datin Shahida di rumah.

Skrol ke bawah untuk lihat video

Namun lain pula yang dikecohkan Aliff Syukri. Beliau yang sempat memuat naik video di IG beliau berkongsi tentang pendapat beliau tentang permainan bola sepak yang sepatutnya dimainkan.

” Kan bagus kalau ibaratkan gol ( bola) itu kita letakkan di depan kemudian sorang-sorang jaringkan gol. Tak payah nak gaduh-gaduh dan jerit-jerit”, ulas Aliff Syukri

Namun apa yang menarik adalah, sewaktu beliau sedang sibuk mengulas sambil merekod video, kedengaran suara isteri beliau Datin Shahida yang mencelah.

” Ya Allah kaki bangku, diamlahh…”, celah Datin Shahida.

Memang lawak betul lihat aksi mereka suami isteri. Walaupun rata-rata melihat ulasan Aliff Syukri itu suatu yang tidak masuk akal, namun ramai yang faham beliau hanya melawak.

3 Perkara Tentang Aliff Syukri Dari Kaca Mata Isterinya

Tidak kenal maka tidak cinta! 11 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, pasangan ini betah berdepan pelbagai kontroversi.

Mengenali dengan lebih rapat pasangan Aliff Syukri dan Shahida, Astro Gempak membongkar peribadi usahawan kosmetik terkenal itu daripada sudut pandangan seorang wanita.

Akui Shahida, dia sering berdepan kritikan dan kutukan segelintir netizen yang mengasihani dirinya beroleh seorang suami ‘gila glamor’ seperti Aliff Syukri. Namun, ini jawapan daripada Shahida sendiri!

“Bila orang komen kasihan isteri dapat suami sebegini tapi orang yang komen tak tahu siapa suami saya.

“Dia baik daripada orang lain. Lainnya dia (Aliff Syukri) dia tidak pernah keluar malam, tak melepak dan tidak mengutuk orang sesuka hati dia.

“Dia lebih pentingkan keluarga, malah kalau nak keluar pergi kedai bunga pun dia akan ajak saya.

“Aliff Syukri seorang anak yang sangat sayangkan ibunya. Saya tidak pernah bertemu dengan lelaki sebaik ini yang sampaikan setiap kali masakkan hidangan untuk ibunya dia akan hias cantik-cantik. Kalau boleh suap pun dia akan suap.

“Jujur saya katakan, dia seorang lelaki yang sangat menghormati orang lain terutama yang lebih berusia.

Jom baca apa komen netizen

” Thaqif Larrhh Hahahahaks.Kadang terfikir gak mcm dato..tapi dah xnama permainan bola..setiap permainan ade rules nye..”

” zawani_sesucicintaramadhan After all this explanation, i suka datin hahahahha ulang 2 3 kali just nak tgok gelagat datin yg sangat comel with her voice such a lovely woman..”

” shah_daihatsu89_aliffsyukriterlajaklaris hahahahah kelakar lah dato…comel jer dato datin nie hahaha..”

” zaiton_jantan Betul lah dato. saya takut nk tenguk bola smpai hbis. Ahaha dato ni buat lawak plk kn …pnt tgok bola mlm ni dato..”

” marya.alya Klo mcm tu..itu bkn main bola sepak dato..Bola beratur nama nye. Tok wan kata orang main bola ni bodo. Bola satu kejar ramai2..”

Lihat video di bawah

Dalam pada itu, Malaysia tumpas kepada Vietnam dalam perlawanan akhir kedua timbal balik piala AFF Suzuki 2018 dengan jaringan 1-0 ( 3-2) menerusi agregat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*