Lisa Surihani Selamat BersaIin Anak Lelaki, Tapi Ada Sesuatu Istimewa Tentang Bayi Barunya Ini

Ulang tahun kelahiran yang ke-48 Datuk Yusry Abdul Halim cukup bermakna apabila isteri kepada pelakon dan pengarah tersebut iaitu Datin Lisa Surihani selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi, Selasa.

Pengarah berusia 48 tahun itu meluahkan rasa syukur atas hadiah hari lahir istimewa itu dan turut memberitahu isteri dan bayi lelaki mereka kini dalam keadaan baik.

Foto: IG

“Alhamdulillah. Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.30 pagi tadi. Baby dan mummy, kedua-dua dalam keadaan baik. Syukur.

“What a birthday present. Welcome to the world Junior!” tulis Yusry.

Ahli kumpulan KRU itu mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusry Abdul Halim (@yusryabdhalim)

Pada bulan Februari lepas, Yusry pernah berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga selepas foto isterinya yang menampakkan baby bump mencuri perhatian peminat.

Enggan berselindung lagi, Yusry menerusi hantaran dalam Instagram sebentar tadi mengesahkan Datin Lisa Surihani sedang hamil namun tidak mendedahkan lanjut usia kandungan bayi.

“Selepas muat naik gambar sempena ulang tahun perkahwinan bersama isteri, ada beberapa teka-teki sama ada Lisa sedang hamil. Hari ini juga ada beberapa wartawan yang turut meminta pengesahan.

“Tanpa niat ingin bersembunyi, kami fikir kali ini tak perlu buat pengumuman, lambat laun orang akan tahu juga,” katanya dalam entri tersebut.

Pengarah filem CicakMan itu, dia turut memanjatkan rasa syukur dengan anugerah daripada Ilahi dan pada masa sama mendoakan mereka yang belum dikurniakan zuriat segera diberikan rezeki.

“Anugerah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah SWT dan sudah dikongsikan dalam kalangan keluarga serta rakan rapat.

“Terdetik dalam hati kami, memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat. Hal ini bukan sesuatu yang senang dilalui dan kami berharap moga doa mereka dimakbulkan.

“Tambahan pula, dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititik-beratkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan untuk kami,” katanya lagi.

Untuk rekod, Lisa dan Yusry yang mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dikurniakan dua orang anak iaitu Yahaira Leanne, 6, Yusof Leonne, 4.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber : https://hiburan.cari.com.my/