VIDEO: Penyokong Vietnam Berikan Guard Of Honour Kepada Penyokong Malaysia

Semangat Asean itu mekar di Hanoi. Selepas tamat perlawanan di antara Vietnam dan Malaysia, penyokong Malaysia telah diberikan Guard Of Honour di luar stadium oleh penyokong Vietnam.

Ultras Malaya – penyokong Malaysia – yang menggelarkan diri mereka ekor Harimau Malaya – jelas menghargainya. Mereka bersalaman dengan para penyokong Vietnam yang ada di luar stadium tersebut.

Utras Malaya juga kelihatan terharu dengan keadaan tersebut. Ada mereka yang berpelukan dengan penyokong Vietnam dan saling mengucapkan tahniah kepada satu sama lain.

Ultras Malaya telah menjadi salah satu simbol kepada Harimau Malaya dalam kempen kali ini. Mereka juga yang telah menarik perhatian ramai penyokong Vietnam sebelum sepak mula dengan perarakan di sekitar lorong di Hanoi.

Mereka juga sangat nyaring ketika di dalam stadium.

Malaysia tewas tipis(agregat 3-2) kepada Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi hasil jaringan tunggal dari ayam tambatan Vietnam, Nguyen Anh Duc sekaligus membawa Vietnam menjulang Piala Suzuki AFF buat kali kedua. Namun semangat Asean seperti ini sewajarnya diperkasakan lagi.

Kenyataan dibuat oleh Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin melalui media rasmi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya selaku presiden ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong pasukan Malaysia dan juga Ultras Malaya yang telah sama-sama hadir ke Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya.”

“Tidak dilupakan juga, seluruh rakyat Malaysia di tanah air yang turut mendoakan kejayaan pasukan kita pada aksi Final 2 Piala Suzuki AFF 2018 menentang Vietnam ini dan setia menyokong pasukan sejak dari aksi pertama peringkat kumpulan bertemu Kemboja pada 8 November lalu biarpun Malaysia akhirnya gagal menjulang trofi kejuaraan Piala Suzuki AFF 2018 apabila menamatkan kempen selaku naib juara.”

Menurut Presiden FAM itu lagi, kegagalan Harimau Malaya menjulang Piala sepatutnya tidak diratapi dan perlu bersedia untuk cabaran yang mendatang dan beliau turut berterima kasih kepada TMJ atas segala jasanya selama ini dan tidak lupa juga kepada kelab dan negeri serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) dan kakitangan FAM.

“Kegagalan Malaysia pada malam ini bagaimanapun tidak seharusnya terus diratapi dan kita perlu terus memandang ke hadapan bagi mempersiapkan pasukan kebangsaan kita menghadapi pula Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula tahun depan.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*